♥ It's all about me ♥

My photo
Sydney, NSW, Australia
♥ Daughter of Tn Hj IR Ishak Hj Omar & Hjh Fatimah Hj Ab Rasid ♥ 2nd child syndrom alert ♥ Pre-mature Sept baby, 1985 ♥ Strong LIBRA character ♥ Happily married to Capt Amar Ab Aziz 10.11.12 ♥ Proud Ummi to Nur Raudhah Amar ♥ Citizen of MYR ♥ PR of AUS ♥ Loves exploring extraordinary things to gain extraordinary experience di bumi Allah ni ♥ So much in love with eXtreme activities - adrenaline junkie - an Advanced OW Diver, a qualified solo freefaller, bungy, rafting, and the list goes on :) ♥ Independent ♥ Obsessed with travelling due to parents' genetics ♥ Visited 42 countries so far ♥ USA 26 states ✓ Mexico ✓ Europe -15 countries ✓ Australia ✓ New Zealand - Nth & Sth Islands ✓ Asia ✓Asia Pacific ✓ Malaysia - Semenanjung most of the places; islands ✓Sabah ✓ Brunei ✓ Labuan ✓ Middle East, Jordan✓ Arab Saudi (Ramadhan 1995) Jeddah, Madinah, Mecca ✓ Alhamdulillah 2nd Call Ramadhan 2013 + UAE - Dubai & Abu Dhabi✓Umrah 3rd call Jan 2015 Africa✓ Egypt✓ Bali & Makassar✓ South America- 8 countries✓ China (covered 4 cities), HK, Macau✓ Fiji ✓ ♥ Personality: Strong ENTJ! ♥ You may judge me with anything, do I look like I care? Nah ♥ Live Life to the Fullest ♥

Tuesday, May 19, 2015

Umrah v3 2015 >> 7 to 22 JAN 2015

Alhamdulillah, dikurniakan peluang untuk menunaikan Umrah kai ke 3. Kali pertama pada Umrah Ramadhan 1995 bersama keluarga saya (Papa, Mama, Kak Lee & Boy). Kali kedua pada Umrah Ramadhan 2013 bersama suami dan mengandungkan Nur Raudhah. Kali ketiga pada Umrah 2015 bersama suami, Nur Raudhah, mengandungkan Nur Sariyah, Mama dan Boy.

Kali pertama pergi direct Umrah. Kali kedua, ziarah Dubai dan Abu Dhabi selepas Umrah. Kali ketiga ziarah Egypt sebelum Umrah. Sebelum ni dah pernah travel solo ke Egypt pada 2010 during my Trip to Africa and Middle East.

Secara ringkas mengenai trip Umrah ketiga kali ni.
Catatan dibuat dan disimpan di dalam Notes sewaktu free time.


8 Jan 2015 - Ziarah di Cairo. Pyramid and Sphinx. Makam Imam Shafie. Masjid Hussin. Phew how Egypt changed a lot compared to my first visit in Sep 2010

9 Jan 2015 - Assalamualaikum Ya Rasulullah. Rindunya pada mu. Daku datang kembali. Dulu bersama keluarga. Kemudian bersama suamiku dan Raudhah dlm perut. Kali ni bersama suami, Raudhah dan anak ku no 2 di dalam perut bersama ibu dan adikku 

09 Jan 2015 - Alhamdulillah dpt spent lama di Raudhah dan dpt pergi plg dekat dgn Makam Ya Rasulullah... ada peluang memang masuk ke Raudhah lagi. sehari tu minima masuk sekali. TQ to Walid sebab jagakan Raudhah masa Ummi masuk dalam tu

Masya Allah. Mlm ni Raudhah lagi padat dr semalam. Plus tmpt Raudhah lagi kecik dia bukak utk wanita. Dah rasa mcm almost tak de peluang utk solat lagi. Hanya mampu berdoa non stop especially di kawasan carpet hijau. Tak give up cuma risaukan Adik Raudhah. Unexpectedly makin ke depan dkt dgn Makam, ramai org sekadar membaca doa dan memegang tirai. Especially arab2 ni. Ape lg, amik peluang. Terus solat dan solat. Semoga Engkau terima semua salam2 ku dan salam2 sahabatku serta doa2 yang mereka kirim. Amin.. 

11 Jan 2015 - Malam terakhir di Madinah 😞😔. Masuk Raudhah lewat skit td sebab mcm sibuk sgt. Bersyukur diberi peluang utk menziarahi Raudhah lg. malam terakhir lagi lama dpt duduk dan karpet hijau tu sentiasa je ada ruang. Kdg2 pelik nape org tak ambil peluang utk solat terus bila ada ruang. Tangisan, jeritan, pekikan, lolongan adalah sesuatu yang tidak digalakkan langsung. Ya Allah semoga Engkau terima segala doa2 ku dan doa2 yang dikirimkan. 

Melihat dunia luar memberikan kita byk pengalaman. Ada yg pergi solo, ada yg pergi berdua, ada yg pergi berkeluarga. Kali pertama Umrah Ramadhan 1995 bersama ayah dan ibu, lain pengalamannya. Masa kecik semua parents yg bertanggungjawab. Umrah Ramadhan 2013 pergi bersama suami dan anak 1st dlm perut. Time ni sedikit kelainan sebab suasana Tanah Haram lain dari 1995 (sudah tentu). Sedih tengok pembangunan yang terlampau pesat menjadi gah. Kali ini 2015 pergi bersama suami, anak 1st dan anak 2nd dlm perut. Bezanya skrg tgh musim sejuk dan bkn Ramadhan. Lagi ramai dan sesak. Travel dgn anak kecil bukan alasan. Yang penting kena sama2 bergilir dgn suami/isteri utk menjalankan tanggungjawab bersama. Salam dari Bumi Madinah. 

14 Januari 2015 - Subuh prayer at the mosque. Kul 5 dh terpacak kt masjid, Ziarah Mekah, Miqat di Ja'raanah and Umrah ke 2. Berkongsi pengalaman di Instagram melalui Hashtags : #nurraudhah #nurraudhah9 #babyraudhah #umrah2015 #umrahziarah2015 #andalusia #andalusia2015 #aasinrumrah2015

Selamat tinggal Madinah. Akan ke Mekah sebentar lagi. Ya Allah jgn jadikan ziarah ku ini yang terakhir. Dah 3x Umrah insya allah next Haji. Gamble sgt, masuk Raudhah ikut group2 Arab. Sbb kalau tunggu group Melayu mmg lmbt. Rushing nk ke Mekah lagi 15 minit. Redah aje sbb mmg niat nk Wida' dlm Raudhah. Dpt 2 rakaat pn alhamdulillah. Rezeki Adik Raudhah. Sudah sy smpikan salam2 dan doa2 utk mereka yang berpesan. Insya Allah.. 

NOT A FAN of this tower. Masa dtg balik Umrah Ramadhan 2013 somehow trasa tgk ke'gah'an Tower ni. Still rindukan suasana Mekah dan Madinah 1995. Masa tu rasa mcm zaman dulu2 je. X de massive constructions, telaga zamzam pn tak seal, siap ari2 blh mandi air zamzam. Masa Sa'ie boleh nmpk Kaabah, blh panjat Bukit Safa dan Marwah tu. Oh how much I miss that.. So kali ni mmg x de rasa nk bergambar sgt dgn Tower ni. Gambar ni taken from my brother

17 Jan 2015 - Journey to Gua Hira'. Jabal Nur. Alhamdulillah. What a great experience. Around 1am we conquered Jabal Nur/ Gua Hira'. 3x smpi Tanah Suci, kali ni baru berpeluang naik. Tq to Walid sebab bawakkan Raudhah dan Ummi with Baby S 😍. Mendaki Jabal Nur dlm sejam lebih, turun tak sampai sejam. Bayangkan zaman Rasulullah dulu mendaki camne. Teruja dgn permandangan bandar Kota Mekah. Di keheningan malam, tafakur di kesyahduan. Merindui janjiMu Tuhan. Bantuan diperjuangan. Ku titiskan air mata. Taubat segala dosa. Moga terangkat penghijab kalbu. Antara kau dan aku. 

18 Jan 2015 - Trip to the Museum, Ladang Unta dan Hudaibiah (Miqat for Umrah). Alhamdulillah, kali ni Umrah Ummi & Raudhah dpt wat 4x Umrah. Walid, Busu Boy and Grandma dpt wat 5x Umrah. We did few Tawaf Sunat too... Mlm terakhir di Tanah Haram

20 Jan 2015 - Selamat Hari Lahir buat Adik yang tercinta. Ehem (bodek nk suruh urut). Alhamdulillah juga kerana kami selamat smpi di Tanah Air Malaysia. Such a long journey merempuh 4 time zones. Mekah- Jeddah- Cairo- Bangkok- KL. Kakak Raudhah nmpknya awal2 dh charging. 90% of the time tido aje. Back to reality and gearing up before back to Sydney. Home Sweet Home for us.

Sekadar perkongsian bersama. Tak sure ramai dh pernah travel dgn EgyptAir atau tak. My first time travel dgn EgyptAir masa Sep 2010 during my Middle East and Africa Trip. Second time baru2 masa Umrah Ziarah JAN 2015, 6x turun naik flight : 

KUL - BKK
BKK - Cairo
Cairo - Madinah
Jeddah - Cairo
Cairo - BKK
BKK - KUL

Overall experience, Best dan seronok sebab seat dia rasa mcm besar dari Airbus MAS. Tak tau la kan, model airbus tu sama atau tak, tapi memang selesa.

Bab2 makan, alhamdulillah. TIP TOP. Puas hati. Mengenyangkan sampai tak termakan pun ada. Breakfast pun makan heavy (meat), so Lunch and Dinner sangat memuaskan. 

Cumanya flight attendants diaorang Kdg2 tak berapa faham apa yang kita nk ckp so kena repeat few times so they will understand. 

Di Bangkok, kami hanya transit. Tp still kena keluar pesawat. 1st time transit KUL bound to Cairo, Ya Allah dia punya pusing nak ke departure gate tu bukan main jauh walhal kita keluar je departure lounge kt tepi. So tak sure why tak terus aje ke departure lounge sementara tunggu flight dikemaskan. Kena go through scan bagai.

2nd time transit Cairo bound to KUL, yang ni OK skit sebab kitaorg tak de la sampai pusing jauh dan hanya group kitaorg je. At least ada masa utk ke tandas dan surau untuk solat. 

Gambar diambil semasa bound Cairo - KUL (via BKK). Tgh nk breakfast. Siap ada sandwich dan croissant lg. Mmg kenyang..

Flight #15 Kuala Lumpur to Bangkok
Flight #16 Bangkok to Cairo
Flight #17 Cairo to Madinah
Flight #18 Jeddah to Cairo
Flight #19 Cairo to Bangkok
Flight #20 Bangkok to Kuala Lumpur























No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails